Friday, May 23, 2014

Setahun...

Hari ni genap setahun mak tinggalkan kami semua menghadap ilahi. Al-fatihah untuk mak, dengan rasa kasih kau tempatkanlah mak aku dikalangan orang yang beriman ya Allah.. Amin..

Its friday, so-called my off day. Dari pagi jadi driver, like seriously. Ni baru dapat keluar dari kereta and im blessed. LoL 
I was listening to flyfm and they were talking about trouble making (when we were young). Its flashback friday ~ weehuuu ~~

Since i missed mak so badly and flyfm made me flashback my childhood. Yes, lets write some from whats left in my memories box.

Tak ingt lah umur berapa masa tu tapi lebih kurang masa aku 5 tahun. Kerana degil ketegaq badan binasa haha ini apa yang aku ingat sebab parut tu ada lagi.hihi. Tengah hari ke petang macam tu (tak ingat).. Masa yang mak panggil masuk rumah tak bagi main kat luar. Aku degil jadi aku abaikan panggilan mak.. Then kak laa pun keluar panggil aku masuk rumah, aku degil jugak. Nak main kat luar, masa tu ada leftover kayu kayan yang berpaku kat luar tu. Haaa kat situ lah main kononnya jongkang jongkit. Main dengan kawan apa pon bole jadi, almaklumlah kreatif. Hiks! Nak dijadikan cerita, kak laa keluar lagi panggil aku siap warning bahaya main dekat situ nanti luka and so on. Memandangkan aku ni agak keras kepala masa tu aku abaikan. Sambung main. Tak lama lepas tu kawan yang main dengan aku tegur kenapa kaki aku berdarah. ( aku tak rasa apa2 lagi masa ni malah x sedar pon kaki berdarah). Aku tengok kaki dan terus panik sebab tengok darah terlalu banyak dekat kaki aku, aku lari masuk sampai depan pintu rumah sambil nangis. (Panik berlebihan padahal takde lah sakit mane masa tu). Aku menangis sampai aku depan klinik masa tu. Depan klinik tu pon stop nangis sebab ada babu jual roti tu (mak cakap x malu ke nangis depan babu? Dah la kenal, giler kau tak malu?! So stop lah kejap) masuk klinik doktor keluar kan paku dekat keting aku ni dan selamat.. Tahu tak apa yang paling teruk?  Paku yang masuk keting aku masa tu bukanlah bahagian tajam tapi bahagian atas tu yakni kepalanya. LoL aku tak pasti macam mana paku tu masuk (not all the way of course).. Tapi aku rasa tu lah pengajaran untuk aku yang taknak dengar cakap. Memang menyesal tak sudah. Dah la benda jadi betul2 lepas kak laa bagi warning pasal paku. Hambekk setepek kat kaki. Sampai sekarang kat keting aku ada parut berlekuk. Hahaha walaupun pun kecik je lekuk/parut. Still the most memorable moment of my life. Degil lagi, haaa apadan! 
Someday in future i have to get ready dengan segala kemungkinan yg bakal berlaku. Sebab aku tahu aku degil masa kecik dulu, aku cengeng, cepat muntah pulak tu. Jangan aku patah semangat je nanti lol.
Aku rindu mak, rindu saat dengan mak. Walaupun mak tak lahirkan aku, mak masih mak ina. Sorry to say this but my childhood memories memang kebanyakkan nya dengan mak. I miss u mak...so much.

Al-fatihah

No comments: