Wednesday, January 29, 2014

28Jan : Hari Terlajak Rajin

Hai semua !
Moga sihat semuanya...eheemm macam lah ramai yang baca blog aku ni ehem.! 
Harini adalah hari yang sangat bertuah untuk semua sebab hari ni hari terlajak rajin aku. Tahniah ~ 
Ni jenis rajin lebih dari yang kadang-kadang rajin tu. Ini adalah RARE ! Hahaha so terlajak rajin is the right words.
Misi memenuhi 3 permintaan untuk harini selesai ! Yes.! Sebenarnya penuhi permintaan mama untuk buat soft cookies, and bibik minta aku buatkan spagetti bolognese, yer bibik yang minta.kau hado?! Err dan tak lupa permintaan diri sendiri untuk cuba buat roti manis. Sebab haritu walaupun jadi tapi rupa dia tak memberansangkan. Hahaha so there's no picture for the first try sebab memang hudohh todiaaa nala !!
Aku buat tiga2.. Walaupun melepak dekat rumah awo sampai ke petang. Herher. Buat bolognese earlier, adik siap bawak bekal pergi sekolah. Aww malu ai~ Then bawak sikit ke rumah awo sebab kitorang nak melepak kan.. Haruslah ade makanan ! Kahkah ! Rumah awo dah la suka mengundang kelaparan.. *Itualasansemataokbai*
Bila dah balik dari ambil adik sekolah. Ingat malas dah nak buat benda lain. Ouh rupanya TERrajin pula! Buat cookies. Dah 2 minggu mama minta aku rasa..akhirnyaa kerajinan itu sampai. Senang cerita, at the same aku set BM (BreadMaker) untuk dough roti manis tadi. Hermherm guna BM tak bermaksud kurang rajin, cuma kalau tak guna BM tu nampak sangat nonfuntional. Dah berapa lama pula mama beli tapi tak digunakan. Dan korang kena tahu yang aku buat cookies tu kacau manual, takde mixer2.. Haaaaaaa nampak ?!
Dan pada jam 11pm tadi siaplah segalanya~ yeayyyy ! Esok boleh breakfast makan roti buatan sendiri~ *mukabanggatakhingat*
Dan walaupun kepenatan sekarang ni, aku masih rajin tulis blog. Nampak? Tahap kerajinan yang terlajak. 

Btw, nindiaaaaaaaaaa baq hangg! Roti manis cikebom aii ! Fluffy giteww~
Yang lain takde gambar sebab phone tak charge kahkah ni pon pinjam ipad ayen sobs~

Ok sekian sahaja rajin ini. Saya akhiri dengan kepenatan yang ingin bermalasan atas tilam dan tido. 
Have a nice day ahead guys !
Much love

No comments: